Renungi Hakikat Dakwah




Kehidupan Rasulullah adalah kehidupan dakwah. Selama 23 tahun lamanya Rasulullah berkecimpung dalam dunia dakwah. Di sepanjang tempoh itulah, dakwah untuk mengajak seluruh umat manusia kepada Islam secara kaffah (menyeluruh) terus menerus berlaku tanpa mengerti penat dan lelah. Pada waktu itu, baginda menghadapi tentangan dan halangan daripada kaum musyrikin dalam pelbagai bentuk, baik secara fizikal mahupun secara pemikiran. Walaupun demikian, baginda tidak pernah berhenti apatah lagi berundur dalam memikul beban tugas yang mulia ini. Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (Muhammad), 'Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan yakin. Mahasuci Allah, dan aku tidak termasuk orang-orang musyrik.” [TMQ Yusuf (12): 108]

Selama 23 tahun Rasulullah berjuang dengan penuh bersungguh-sungguh dalam meninggikan kalimat-kalimat Allah untuk diterapkan di atas muka bumi ini. Hasilnya, Rasulullah berjaya membina dan membentuk masyarkat Islam, mendirikan sebuah Daulah (Negara) Islam serta dapat menyatukan umat manusia yang sebelum ini berpecah-belah dalam rangka asabiyah menuju kepada bersatu di bawah aqidah dan panji Islam.


Kejayaan Rasulullah tersebut adalah merupakan suatu kenyataan kerana apa yang dilakukan oleh Rasulullah kesemuanya adalah bersumber daripada wahyu semata-mata dan bukannya datang daripada kehendak dan keinginannya sendiri. Dalam hal ini Allah SWT berfirman:

“… Aku tidak mengikuti melainkan apa yang diwahyukan kepadaku". [TMQ al-An’am(6): 50]

Dari segi mafhum ayat di atas, ia membawa maksud bahawa Rasulullah tidak melaksanakan sesuatu hukum atau melakukan sesuatu perbuatan melainkan ia hanya berdasarkan wahyu daripada Allah SWT semata-mata. Tidak ada jalan lain bagi kita yang mengaku sebagai umatnya untuk tidak melakukan perkara yang sama seperti Rasulullah kerana kewajipan untuk melakukan dakwah juga terkena kepada umatnya.

Halangan Dakwah 


Dakwah Rasulullah SAW tidak pernah sepi daripada pelbagai ujian, rintangan dan cabaran. Pada peringkat awal dakwah, Rasulullah dan para sahabat menghadapi pelbagai halangan berupa gangguan, penghinaan serta seksaan sehingga ada membawa kepada kematian sepertimana yang dialami oleh Bilal Bin Rabah, keluarga Yasir, Khabab Bin al-Arts, Abu Dzar al-Ghifari dan Ibnu Mas’ud. Begitu juga dengan pemboikotan yang dilakukan oleh kafir Quraisy terhadap kaum Muslimin disebabkan oleh keteguhan hati mereka dalam berpegang dan menyampaikan risalah Islam. Semua ini merupakan sebahagian daripada asam garam kehidupan berdakwah serta ujian yang sememangnya telah menjadi sunnatullah. 

Kisah-kisah mereka itu sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita agar senantiasa beristiqamah dan ikhlas dalam memikul tanggungjawab dakwah ini walaupun pelbagai rintangan yang dihadapi. Hatta jika berdepan dengan ancaman maut oleh penguasa yang zalim sekalipun, janganlah kita sekali-kali meninggalkan dakwah, apatah lagi untuk menyesal dalam melaksanakan tanggungjawab yang mulia ini. Dalam kitab Sirah Ibnu Hisyam diriwayatkan bahawa Zuhri menceritakan sebagaimana berikut: 

“Rasulullah Saw pernah mendatangi (berdakwah) secara peribadi terhadap Bani Kindah, tetapi mereka menolak. Baginda mendatangi Bani Kalban, tetapi mereka menolak. Baginda mendatangi Bani Hanifah dan meminta nusrah (pertolongan) dan kekuatan kepada mereka. Namun tidak ada orang Arab yang lebih keji penolakannya terhadap baginda kecuali Bani Hanifah. Baginda juga mendatangi Bani Amir Bin Sha’shaah, mendoakan mereka kepada Allah dan meminta kepada mereka secara peribadi. Kemudian berkata salah seorang lelaki daripada mereka yang bernama Baiharah bin Firas, “Demi Allah, seandainya aku menerima (ajakan) pemuda Quraisy ini (yakni Muhammad), sesungguhnya orang Arab akan murka (kepada kita).” Kemudian ia berkata, “Apakah pendapatmu jika kami membaiatmu dalam urusanmu, kemudian Allah memenangkanmu ke atas orang yang menentangmu. Adakah kami akan diberi kekuasaan selepas engkau (wafat)?.” Rasulullah SAW berkata kepadanya, “Urusan (kekuasaan) itu hanyalah milik Allah yang Dia akan memberikan kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.” Baiharah berkata, “Adakah kami perlu menyerahkan leher-leher kami kepada orang Arab, padahal jika Allah memenangkan kamu, urusan (kekuasaan) itu bukan untuk kami. Kami tidak memerlukan urusanmu.” (Sirah Ibnu Hisyam Jilid 1).” 

Petikan sirah di atas menjadi bukti bahawa Rasulullah SAW secara terus menerus berdakwah dan mengajak kaumnya kepada Islam walaupun menghadapi pelbagai ujian dan rintangan yang hebat. Ujian dan rintangan tersebut tidak pernah mengurangkan semangat dakwah baginda, apatah lagi membuatkan beliau lesu di dalam dakwah. Baginda senantiasa beristiqamah dan ikhlas sehinggalah Allah SWT memenangkan dakwah baginda dengan kejayaan menegakkan Daulah Islam yang pertama di Madinah, menerapkan sistem Islam secara kaffah (menyeluruh) dalam seluruh aspek kehidupan dan menyebar luas risalah Islam ke segenap penjuru dunia melalui dakwah dan jihad.

Tiada Alasan Untuk Meninggalkan Berdakwah

Secara realitinya, halangan dakwah yang berlaku di negara ini tidaklah seberat mana jika dibandingkan sepertimana yang dialami oleh para pendakwah di negara-negara lain, apatah lagi jika dibandingkan dengan ujian yang dialami oleh Rasullah sendiri dan para sahabat beliau pada masa lallu. Sebenarnya tidak ada alasan bagi kita yang mengaku sebagai umat Nabi Muhammad SAW untuk tidak bersemangat dan bersifat lemah longlai di dalam berdakwah. Jika ujian yang kita hadapi di saat ini setara dengan apa yang dialami oleh baginda Rasul dan para sahabat sekalipun, ia masih tetap tidak menggugurkan kewajipan kita untuk terus berdakwah. Sudah menjadi sunnatullah bahawa dakwah akan sentiasa sinonim dengan ujian dan cabaran. 

Oleh kerana itu, kita perlu sedar bahawa aktiviti berdakwah akan selalu mendatangkan risiko bagi para pelakunya. Ramai kaum Muslimin pada hari ini menyedari akan hal ini tetapi mereka tetap lalai atau cuba mengelak daripada melakukan dakwah hanya kerana masalah-masalah yang remeh seperti larangan orang tua, sibuk dengan kerjaya, tiada masa lapang (untuk dakwah) dan lain-lain lagi alasan yang pada hakikatnya ia hanyalah bersifat duniawi dan dapat diatasi dengan penuh bijaksana. Mereka lebih rela disibukkan dengan urusan mencari kekayaan dunia dan mencari keredhaan manusia berbanding mencari bekal untuk akhirat dan mencari redha Allah SWT. 

Khatimah 

“Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian tersebut) Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” [TMQ al-Ankabut (29): 3]

Wahai kaum Muslimin, janganlah sekali-kali kita mengaku bahawa kita sudah beriman dengan sebenar-benarnya sedangkan kita telah meninggalkan tugas dakwah yang mulia ini. Sesungguhnya kita telah berbohong kepada Allah dan RasulNya jika kita mengaku bahawa kita adalah sebahagian daripada pendakwah, walhal pada hakikatnya kita merasa terbeban dengan kerja-kerja dakwah yang memerlukan banyak pengorbanan sama ada dari segi harta, masa, tenaga dan malah nyawa. Bersabarlah atas segala ujian yang datang menimpa dan yakinlah bahawa setiap ujian yang mendatang merupakan salah satu bentuk bagaimana Allah SWT ingin meninggikan darjat seseorang jika ia terus bersabar, tabah dan beristiqamah di jalan dakwah.

“(Iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya kami akan kembali." [TMQ al-Baqarah(2): 156]. 

Ada apa pada 3 Mac 1924?


Berita kemenangan kaum kafir musyrikin

Nampaknya, umat Islam masih belum peka sepenuhnya dengan tarikh ini. Sepatutnya, apabila tibanya tarikh ni, ramailah yang update status pasal tarikh ni untuk memperingati tarikh kejatuhan Daulah Khilafah di Turki. Tapi orang lebih suka untuk update status mereka pasal superhero apa yang mereka akan jadi. Betapa berjaya orang-orang kafir mengalihkan pandangan umat Islam.

Banyak la jugak superhero yang terpilih. Batman ada, Superman ada, Captai America ada... Semuanya superhero yang dipropagandakan oleh Amerika untuk menunjukkan mereka adalah hero dan penyelamat dunia. Walhal, merekalah penghancur keamanaan dunia. Merekalah golongan yang bertanggungjawab memporak-porandakan dunia dengan ideologi kapitalis yang rosak.

Alih-alih, umat Islam hari ini melupakan kerosakan yang telah dibawa oleh mereka, lantas berkeinginan untuk menjadi superhero yang telah dipropagandakan. Memanglah mereka menggunakan application facebook tu secara suka-suka. Tapi suka-suka tulah yang mengalihkan pandangan umat Islam.



Akibatnya, tarikh keramat 3 Mac 1924 tidak dipedulikan. Bukan sahaja tak dipedulikan, malah mengangkat watak-watak superhero Amerika. Dengan terlalainya umat Islam, bersorak-sorailah para kafir musyrikin. Mereka berseronok melihat umat Islam tidak tahu dan tidak kenal apa itu Khilafah, tapi lebih kenal siapa itu Superman. Walhal, Khilafah-lah super power dunia yang memerintah dunia berlandaskan aqidah dan syariat Islam. Dan sewaktu pengumaman kejatuhan Khilafah Uthmaniyah, orang-orang kafir di negara-negara Barat meraikan kejayaan mereka yang dinanti-nantikan selama ratusan tahun!



Kejahilan umat Islam tentang tarikh 3 Mac 1924 menambah lagi kesuraman dan kegelapan dunia Islam. Setiap hari kes ada kes bunuh, setiap hari ada kes rogol, setiap hari ada kes kecurian, tapi umat Islam masih mencari-cari penyelesaian kepada kemelut ini. Walhal, jalan penyelesaian sudah lama disediakan oleh Allah SWT. Tapi disebabkan kejahilan umat, kita terkial-kial mencari jalan dan dalam masa yang sama menjadi mangsa kepada kebobrokan sistem rosak yang diterapkan oleh pemerintah sekular.



Tahukah kalian, apabila wafatnya Nabi Muhammad SAW, hal pengurusan jenazah Baginda SAW telah ditangguh buat seketika, kerana para sahabat ketika itu bertungkus-lumus untuk mencari pengganti (khalifah) Baginda SAW. Perkara ini adalah perkara yang 'extremely urgent', kerana segala hukum Allah wajib dilaksanakan. Tanpa seorang khalifah, hukum-hakam Allah tidak dapat diterapkan.

Ketiadaan khalifah yang dibenarkan menurut pandangan ulamak adalah hanya selama 3 hari 2 malam. Inilah yang berlaku pada zaman sahabat. Hati mereka gundah-gulana setelah ketiadaan seorang Nabi yang mengepalai negara. Setiap pintu rumah diketuk untuk menyeru umat untuk memilih seorang khalifah.

Tapi, sejak Negara Khilafah ditumbangkan pada 3 Mac 1924, sudah berapa kali 3 hari 2 malam? Dan berapa ramai umat Islam telah mati dalam keadaan tiada pembai'atan terhadap seorang khalifah?

Maksud hadis yang sohih:

Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) , adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya. Selanjutnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan ’Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Setelah itu, masa kerajaan yang diktator (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya adalah masa Khilafah yang mengikuti jejak kenabian (Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah) . Kemudian beliau (Nabi) diam.” [HR Ahmad]

1. Zaman Kenabian
2. Zaman Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah -Khilafah di atas jalan kenabian (Khulafa’ Ar-Rasyidin)
3. Zaman Mulkan ‘Adhan (Khilafah Bani Umayyah- Khilafah Abbasiah- Khilafah Uthmaniah)
4. Zaman Mulkan Jabarian (sekarang)
5. Zaman Khilafah ’ala minhaj an-nubuwwah (selepas kejatuhan sistem pemerintahan sekarang)

Ayuh bangkit dan bergerak menegakkan semula Negara Khilafah!!!

Tuhan beri aku cinta

Walau aku senyum bukan bererti
Aku selalu bahagia dalam hari
Ada yang tak ada di hati ini
Di jiwa ini hampa
Ku bertemu sang hawa di simpang hidupku
Mungkin akan ada cerita cinta
Namun ada saja cobaan hidup
Seakan aku hina
Tuhan berikanlah aku cinta
Untuk temaniku dalam sepi
Tangkap aku dalam terang-Mu
Biarkanlah aku punya cinta
Tuhan berikanlah aku cinta
Aku juga berhak bahagia
Berikan restu dan halal-Mu
Tuhan beri aku cinta

99 Langkah Menuju Kesempurnaan Iman

  1. Bersyukur apabila mendapat nikmat; 
  2. Sabar apabila mendapat kesulitan;
  3. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
  4. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
  5. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
  6. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
  7. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
  8. Jangan usil dengan kekayaan orang;
  9. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
  10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
  11. Jangan tamak kepada harta;
  12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
  13. Jangan hancur karena kezaliman;
  14. Jangan goyah karena fitnah;
  15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
  16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
  17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
  18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
  19. Jangan sakiti anak yatim;
  20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
  21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
  22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
  23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
  24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
  25. Biasakan shalat malam;
  26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;
  27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
  28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
  29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
  30. Jangan marah berlebih-lebihan;
  31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
  32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
  33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
  34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
  35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
  36. Jangan percaya ramalan manusia;
  37. Jangan terlampau takut miskin;
  38. Hormatilah setiap orang;
  39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
  40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
  41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
  42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
  43. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
  44. Perbanyak silaturrahim;
  45. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
  46. Bicaralah secukupnya;
  47. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
  48. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
  49. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
  50. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
  51. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
  52. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
  53. Hormatilah kepada guru dan ulama;
  54. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
  55. Cintai keluarga Nabi saw;
  56. Jangan terlalu banyak hutang;
  57. Jangan terlampau mudah berjanji;
  58. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan dunia adalah kehidupan sementara;
  59. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat seperti mengobrol yang tidak berguna;
  60. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
  61. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
  62. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
  63. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
  64. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan dengan kejahatan lagi;
  65. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;
  66. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
  67. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
  68. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
  69. Jangan melukai hati orang lain;
  70. Jangan membiasakan berkata dusta;
  71. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
  72. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
  73. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
  74. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
  75. Jangan membuka aib orang lain;
  76. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
  77. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
  78. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
  79. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
  80. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
  81. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
  82. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
  83. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
  84. Hargai prestasi dan pemberian orang;
  85. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
  86. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
  87. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
  88. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
  89. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
  90. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
  91. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
  92. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
  93. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
  94. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
  95. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
  96. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
  97.  Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan merusakan;
  98. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

“Sebarkanlah walau satu ayat pun” (Sabda Rasulullah SAW) “Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71)