Ipoh Bergegar Lagi dengan Seruan Khilafah - Syria





Assalamualaikum...Wahai kaum, Muslimin sekalian, tahukah kita bahawa sebuah kekejaman yang melampaui batasan sedang berkuatkuasa di Negara Umat Islam Syria. Pemimpin mereka Bashar Assad sedang membunuh dengan sewenang-wenang sesiapa saja yang didapati menentangnya.Kini sifat kebinatangan Bashar telah mencapai titik tertinggi dan tahap yang cukup melampau. Bukan hanya golongan dewasa sahaja yang menjadi mangsanya malahan kanak-kanak yang tidak berdosa juga telah turut menjadi korban. Tidak terkecuali juga wanita. Darah umat Islam Syria kini sudah tidak ada nilainya disisi Bashar. Keteguhan dan keberanian umat Islam di Syria sejak setahun yang lalu dalam usaha mereka untuk bangkit bagi mencampakkan Bashar ke lembah kehinaan sebagaimana yang terjadi kepada Ben Ali, Mubarak, Ghadhaffi telah benar-benar menghantui beliau siang dan malam. Inilah kezaliman Bashar Assad bukan sahaja membunuh rakyatnya tetapi tidak menerapkan Islam Kaffah di sana. TAKBIR3x

Inilah apa yang sedang berlaku di Syria saat ini. Ketahuilah bahawa keadaan di Syria saat ini sesungguhnya diperhatikan dengan cukup bernafsu oleh musuh-musuh Islam, seperti Amerika, Eropah dan Cina. Semua negara-negara ini adalah musuh yang nyata bagi umat Islam. Untuk itu umat Islam perlu menyedari bahawa persoalan dan jawaban kepada masalah di Syria ini bukanlah dengan mengharapkan negara-negara tersebut apatah lagi menyerahkannya kepada PBB, OIC mahupun Liga Arab untuk menyelesaikannya , seperti apa yang diharapkan oleh sesetengah pihak.Sedarlah wahai saudara-saudara kaum Muslimin sekelian….Umat Islam di Syria memerlukan Khilafah…. Sedarlah perisai bagi umat Islam di Syria adalah Khilafah… Imam Muslim telah meriwayatkan dari Al-A’raj dari Abi Hurairah dari Nabi SAW bersabda “Sesungguhnya seorang Imam (Khalifah) adalah laksana perisai, di mana orang-orang akan berperang di belakangnya dan menjadikannya sebagai pelindung (bagi dirinya).”....Inilah mesej yang ingin kami sampaikan....Kita umat Islam di Malaysia perlu bersama sama dalam memperjuangkan untuk menegakan kembali Daulah Khilafah bagi merealisasikan tuntutan hadith diatas.TAKBIR3x


Wahai seluruh kaum Muslimin sekalian sahutlah seruan ini di bahu kitalah terletaknya tanggungjawab untuk membebaskan umat Islam di Syria dan diseluruh dunia Islam ini. Kita memang lemah kalau kita hanya meneruskan kehidupan biasa ini, Tetapi yakinlah bahawa kita PASTINYA mampu menghalang sifat kebinatangan Bashar pada hari ini dengan jalan mewujudkan kembali perisai dan pelindung umat Islam, iaitulah KHILAFAH! KHILAFAH! KHILAFAH! TAKBIR3x

Wahai umat Islam!!! Kita adalah umat yang dimuliakan dengan Islam.Ya Allah!!! Berikan keteguhan iman yang sempurna dan kesabaran yang tinggi kepada umat Islam saudara-saudara kami di Syria, saat ini yang sedang berhadapan dengan si Bashar Firaun moden zaman ini.Ya Allah!!! Ya Rahiim!!! Jadikanlah Jumaat ini sebagai Jumaat terakhir bagi Bashar memegang kekuasaannya. Hancurkanlah kekejaman dan kejahatan Bashar selama ini ditangan umatMu yang ikhlas.Ya Allah!!! Rabb Yang Memegang Setiap Nyawa…. Berikanlah keteguhan kepada umatMu untuk terus berjuang bagi menumbangkan rejim yang jahat ini.TAKBIR3x

Wahai umat Islam yang dirahmatilah oleh Allah SWT….sekelian….bantulah kebangkitan umat Islam di Syria dengan kita berusaha menegakkan kembali Khilafah. Dimana Khalifah yang akan dibaiah ini akan melindungi dan mempertahankan nyawa dan darah umat Islam dari terus menjadi mangsa si sang diktator. Marilah bersama sama dengan Hizbut Tahrir bagi merealisasikan tujuan ini.TAKBIR3x


1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete